Monday 16 November 2015

SELIPAR JEPUN



Hanya disebabkan kapal,
Kapal yang aku layarkan di lautan,
Lautan yang diberi nama parit,
Parit di tepi rumah.

Bermain bersama kakak tercinta kononnya,
Sewaktu diriku diberanikan untuk mengambil,
Mengambil kapal tu lah,
Kononnya kapal tu berlayar macam jauh je,
Bila dah capai,
BUSHHHHHHHHHHHH.

Bunyi yang membuat semua,
Dengan seisi di dalam parit tu,
Terkejut ,
Takut kot lah,

Yelah seorang manusia yang berusia 5 tahun,
Terjun dalam parit,
Kisah benarnya,
Terjatuh dalam parit,
Hanya untuk menyelamatkan kapal,
Daripada berlayar jauh daripada tebing,
Oleh itu, empunya kapal jatuh.

Sekali jatuh,
Semestinya nak bangun,
Ambil ikhtiar macam mana ingin naik,
Naik ke tebing kononnya,
Dengan akal yang sedikit masa tu,
Ku rasa dan yakin,
Aku hanya nampak rumput,
AHHHH tarik je lah,

Who knows?
Allah Maha Kuasa,
Rumput yang kecil itu,
Yang dimana senang dicabut begitu sahaja,
Mampu menampung dan membantu,
Aku yang dimana mati akal nak naik.

Rasa selamat setelah diselamatkan,
Sebab rasa macam terpijak something.

Something yang dimana kulit dia keras-keras,
Apa aku boleh describe masa tu,
Crocodile oh buaya oh buaya,
Tapi mana mungkin si buaya,
Mampu bertahan menjalani life,
Di dalam parit tepi rumah tu,
Tak cukup kuota lah.

So, ambil keputusan itu sebenarnya ,
Biawak wak wak wakkkkkk,
Membuatku meremang jika diingat semula,
Kisah ini kerana auchh ergh ,
Aku pijak biawak,
Entah apa lagi lah yang menontonkan,
Aksi lagak ngeri tak jadi tu ,
Dekat dalam tu,
Entah-entah katak pacat lintah ,
Semua bergelak ketawa.

Tapi, bila dah naik tu,
Aku tertanya-tanya,
Eh, rasanya tadi aku pakai selipar,
Cukup pasangnya,
Kenapa aku pakai satu je?

Mungkin selipar jepun aku reply,
Kau takut sangat tadi,
Sampai tak perasan,
Kau telah meninggalkan diriku,
Dibawah ini,
Kesorangan tanpa pasangan,
Bersama makhluk haiwan air ini,
Wehhh, gelilah duduk bawah ni,
Tanah lembik dengan haiwan kulit lembik keras,
IEWWWWWWWWWW,
Tak de class lah kau jatuh pun,
Biarlah bertempat sikit,
Sanggupnya lah bagi aku dekat depa ni.
Mungkin ini yang dia rungutkan di bawah tu.

Actually,
Sehingga kini,
Umurku yang 19 tahun berapa hari,
Still tak dapat menjumpai,
Selipar jepun sebelah lagi tu,
Kesian hayat dia tanpa lagi sebelah.


Hamba Hina lagi Jahil,
CIQ...

No comments:

Post a Comment