Wednesday 11 November 2015

MATA



Lihat,

Tengok,

Saksikan,

Tonton,

Itu Mata,

Juga mata hati,

Jangan salah guna,

Pemberian Illahi,

Ianya pinjaman,

Untuk Sementara,

Di dunia ini,

Bagi memudahkan,

Kita melakukan yang terbaik,

Iaitu ibadah,

KepadaNya,

Serta bekerja,

Iaitu kerja yang baik,

Bukan untuk sebaliknya,

Jangan terleka,

Dibuai mimpi lena ,

Di Dunia,

Dengan perkara sia-sia,

Dia beri penglihatan ini bersebab,

Dia tidak memberi juga bersebab,

Mungkin ada yang tidak dapat, 

Ada juga yang Dia tarik sedikit ,

Ada juga yang dapat melihat dengan jelas,

Itu semua rancangan Dia ,

Pergunakan sebaiknya pinjaman yang sementara ini.





Hamba Hina lagi Jahil,
CIQ...

No comments:

Post a Comment