![]() | |
Jubah : Rayyan Haya' & Tudung : Tudongcha |
Kadang tu , kita ni hanya mampu tersenyum indah tanpa dapat mengeluarkan apa-apa perkataan .
Aku hanya mampu bicara pada diri sendiri sahaja dan sentiasa jangan pernah putus doa pada Yang Esa .
Yang tahu apa dalam hati ni hanya diri ini sendiri serta Allah Yang Maha Esa .
Tidak perlulah untuk aku mengeluarkan apa yang tersurat dalam hati ini kepada sesiapa .
Aku tidak suka orang anggap aku ni minta perhatian , aku hanya ingin bahagia tanpa ada orang kesiankan diri ini .
Sesungguhnya , Aku hanya manusia biasa yang selalu sahaja melakukan kesalahan dan kesilapan .
Aku ini manusia yang terlalu jahil berada dimuka bumi yang hanya sementara ini.
Aku ini juga , hidup dengan menghirup udara segar yang telah diberi Allah . Dan aku hanya hamba yang meminjam segala tubuh badan ini semata-mata untuk melakukan ibadah kepada-Nya . Ya Rabb
Ya aku tahu aku tidak sempurna , aku tidak secerdik yang lain , aku tidak kekal lama di dunia . Namun semua manusia akan kekal di akhirat kelak .
Aku tahu ada mereka yang berkata baik terhadap aku , dan ada yang berkata tidak baik terhadap aku . Aku terima kerana aku tahu siapa diri ini .
Dan aku biasanya selalu mengalah , sehinggakan roommate sendiri cakap . "Tak elok selalu mengalah , lagi-lagi mengalah pada benda yang tak patut kita kalah . Takut , nanti kita menyesal dan kecewa kemudian hari . "
Aku mengalah kerana tidak suka untuk menimbulkan perbalahan antara satu sama lain . Tapi , selepas Afiqah , Ira , Jae , cakap macam tu , aku akan cuba mengubah diri ini dengan perlahan-lahan . Insha-Allah doakan sahabatmu ini ya sahabat :)
Setiap hari dan setiap kali itulah aku ingatkan diri ini bahawa semua yang terjadi adalah satu ujian yang didatangkan oleh Allah .
Ini bermakna Allah masih sayangkan hambaNya ini . dan satu-satu pertolongan yang aku minta adalah pertolongan dari-Nya .
Iaitu Allah SWT .
No comments:
Post a Comment