Tuesday 29 December 2015

SUCINYA TANPA DOSA




One day ...


Bayi,
Baby,
Anak kecik,
Weh comelnya!

Anak yang tiada dosa,
Tatkala aku melihatnya,
Aku rasa tenang,
Aku rasa bahagia,
Aku rasa gembira.

Walaupun mereka menangis,
Aku rasa mereka comel,
Bukan di mana mereka sakit,
Kerana ketika itu,
Aku umpama ditikam-tikam oleh tangan sendiri,
Kerana tidak mampu menolong.

Terlalulah indah ciptaanNya,
Kerana aku dapat melihat dan menyentuh,
Anak kecil yang tiada dosa ini,
Senyumannya ,
Ragamnya,
Hanya membuatku tersenyum indah.
(Aku senyum takdelah indah ke lawa mana, asalkan aku tahu tu aku).

Sebab apa?
Sebabnya baby yang tiada dosa tu,
Umpama bidadari bidadara di Syurga ,
Cantik manis je senyumannya.

Selama ni,
Tiap kali aku tunjuk muka sikit,
Dekat mana-mana budak lah tak kisah,
Confirm memasing cari alasan untuk nangis,
(Mungkin depa ada alasan tersendiri)
Tapi, kenapa semua ?
Hahaha

Yang paling tidak ku sangka,
Juga tidak ku duga,
Tanpa tongkat di dagu (ngarut),
Ada sorang baby ni,
Nak pulak senyum dekat aku,
Lepas aku senyum dekat dialah tapi (Read:Dia reply my smile lah),
Tu sampai hari ni tak boleh nak move on lagi,
Dia punya senyum perghhhh,
Kalah lah weh dengan jejaka yang konon tampan,
Tak berapa tampan tu,
Tak boleh lawan lah,
Lalalalalala Hahahahaha.

Siyeslah (Read: Seriouslah),
Tak boleh nak move on lagi,
Mungkin orang lain tak boleh move on,
Sebab ada jejaka kenyit mata ,
Tapi aku sebab ada baby reply senyuman,
Yang selama ni aku senyum,
Terhegeh-hegeh sendiri ,
Dengan tak tahu malunya,
Sampaikan kadang tu give up,
Nampak baby je aku terus tak nak pandang.

Tapi agak jelous dekat orang lain,
Sebab depa siap boleh dukung main bagai,
Ceq dekat sikit pon tak boleh,
Asyik nak nangis je,
Mana taknya ceq nak give up lagu tu,
Sampaikan ada yang kate,
“Tunggu je kau ade anak, nanti anak kau nak je dekat kau”,
And ya, Entah merasa entah tidaknya,
Sebab ajal dengan jodoh ni kita tak tahu,
Semua ditangan Pencipta kita,
Kun Fayakun.

Ini first baby yang boleh reply,
Yang nak main dengan aku,
Dan dia baby Arab tau,
Nasib dapat ambik gambar dia berapa keping,
Lepas minta izin dengan mak dia,
Mungkin patut lah sebelum tu ,
Aku ada mimpi baby,
Bukan yang ada orang bagi tu tau,
Tapi aku jaga baby sendiri,
Auch auchhhh kawaii (Read: Comel).

Lepas je tu,
Memang ramai pulak bebudak kecik,
Yang aku jumpa,
Mesti dorang tengok aku lama,
Then senyum balik lepas aku senyum.

Tapi setiap kali aku renung,
Ya renung lama,
Tatkala itu muncullah rasa sebak,
Rasa sebak dimana aku tengok balik diri.

Aku ni macam mana?
Banyak manakah dosa aku?
Adakah aku akan diterima untuk ke SyurgaNya?
Adakah aku bisa melihat senyuman ahli-ahli di dalamnya?

Bayi Arab


CIQ ...

Hamba Hina lagi Jahil lagi masih mencari.

Friday 18 December 2015

A FAMILY




11 Disember 2015, Jumaat.


Aku ada ternampak satu family harini.
Seorang Bapa,
Seorang Ibu,
Seoranng anak lelaki (lingkungan 20 keatas umurnya)
Seorang anak perempuan (lingkungan 10 tahun)

Sedang mereka berjalan,
Si ibu nak masuk satu kedai ni,
Nama kedai tu tidak diketahui oleh aku,
Tak tertengok,
Almaklumlah aku duduk tingkat atas dia,
Depa dekat bawah depan,
So aku tau tengok ja,
Tak tau pulak apa depa sembang ka,
Nama kedai ka,
Beli apa ka,
Hahaha

Okaylah,
Ceq sambung ,

Si ibu nak masuk kedai tu,
Siap tarik tangan si ayah (aka suami sah na),
Si ibu tarik ajak masuk sekali,
Dan dah menjadi tanggungjawab,
Bagi si anak-anak untuk mengikut,
So, depa pon ikut masuk sekali,

Dekat dalam tu pulak,
Opo seng aku ndelok (Read: Apa yang aku tengok),
Si ayah dan si anak lelaki mencari,
Tempat duduk (Read: Bukan duduk sekali lah tapi),
Bila memasing duduk dah,
Memasing jugak ambik phone dalam kocek,
Serentak pulak tu.

Ajaibnya depa duduk serentak,
Ambik phone serentak,
Memang si anak teruna ni dapat gen si ayah.

Hahaha

Si ayah pula bila dah start bosan,
Oleh itu ,
Si ayah bukaklah camera phone tu,
Macam mana aku tahu?
Sebabnya dia ambik gambau anak pompuan dia,
Dah tu takkan pakai Apps COC kot nak ambik gambau,

Lepas tu pulak,
Si adik tu duduk dengan abang dia,
Comel gila tengok depa,
Sebab apa?
Sebab aku paling suka keakraban antara siblings,
Nampak comel sangat,
Tengok diorang yang jarak umur berbeza sangat tu,
Diorang bergurau senda ,
Walaupun aku tak tahu apa diorang guraukan,
Si adik pulak baring dekat paha abang dia,
Wehhhh suwit nye

Hahahaha

Bukan baring je,
Siap peluk abang dia,
Main tarik-tarik dengan abang dia,
Auchhhhhh sukanya tengok adik beradik camni,
Dahlah baju sama merah,
Hadoiiiiiiii,
Tak semua abang adik,
Or maybe kakak adik,
Or maybe abang kakak adik,
Yang macam ni,
Yang melayan karenah masing-masing,
Dengan bahagia sekali,
Tanpa ada rungutan.

Kalaulah dengaq apa depa ceghita sana tu,
Uishhhh mau masuq campoq kang,
Cayaq weh cayaq .
(Read: Not me, aku tak dak peghasaan)

Yang kesian nya aku tengok diorang ni,
Macam penat je tunggu mak diorang shopping,
Hahaha

Bila depa bosan sangat dah,
Si adik pon main-main beg ,
Si abang pula gi cermin panjang,
Almaklumlah kalau dah jumpa cermin ,
Lelaki ke perempuan sama je (Ops! Tak semua),
Si abang tu entahlah buat apa,
Picit jerawat kot,
Ke buang kulit kasaq,
Ke saja je nak poyo depan cermin,
Kot-kot nya tengok misai janggut senget ,
Hahaha Padahai takda misai pon.

Lepaih bosan dekat situ,
Duduk balik dengan adik dia,
Dekat kerusi tadi,
Si adik bermanja-manja lagi.
Eheiiiiii haha.

Actually,
Setengah jam pun tak settle lagi,
Bila dah keluar,
Aku tengok satu beg kecik ja.
Ingat borong apa,
Hahahaha,

Untuk jadikan minda yang positif,
Actually,
Si ibu sebenaqnya cari barang yang high quality,
Sebab tu kena cari elok-elok,
Belek-belek semua,
Mana yang lebih baik ,
Mana yang berkualiti,
Yang boleh kita teruskan ,
Dengan transaksi cash or credit,
Baru lah boleh bawa balik barang tu.

Ha,
Semua orang ada family,
Cuma ada yang merasa,
Ada juga yang tidak merasa,
Suasana dengan family.

Jadi,
Bersyukurlah kita yang masih dikurniakan family,
Yang Allah masih pinjamkan ,
Sekali Allah tarik nikmat ni,
Jangan waktu tu baru menyesal.

Huaaaaaaaaaaaa,
Rindu Family !!!
Inilah dugaan bagi pelajar yang berjauhan dengan family,
Kita mungkin jauh,
Tapi dekat je dengan family.

HOW?
Doa tu senjata bagi umat Islam,
Doa minta Allah jagakan family kita ,
Waktu kita takde disisi mereka,
Doa untuk kebahagiaan,
Ketenangan,
Rezeki yang baik-baik(halal),
Dan sebagainya.

Aku tahu semua orang sayang family uolls,
Janganlah sampai tidak menghargainya,
Nikmat yang sementara ini.

Cerita ataih tu ceq cita balik,
Masa tu ceq nampak depa dekat TS,
Tunggu Aniqah lama sangat,
Nasib ceq tak bosan duk situ,
Macam-macam ragam kita boleh tengok,
Aniqah tak salah. Hahahahahaha

Baguih gak hang dak datang awal haghitu.
Kalau tak,
Takdak maknanya ceq nak cita hat ni.

Actually, aku bukan orang Kedah,
Bukan juga lahir dekat Kedah,
Jejak Kedah baru je 2 kali,
Itupun gi rumah saudara dengan gi kenduri kawen,
Tapi rasa macam best je kalau pandai cakap Kedah,
So, Aku try je,
Hahaha

Sebabnya Selangor campur Johor,
Macam sama je,
Pakai BM ,
Kang kalau keluar JOWO,
Kabeh podo orak ngerti opo seng aku ngomong.
HA , KAN AKU DAH CAKAP KORANG TAK PAHAM JAWA AKU .
Hahahaha


Yang Jahil lagi Kerdil lagi Tidak Comel lagi Tidak Baik lagi Tidak Sopan.

CIQ ...

Wednesday 2 December 2015

SELIPAR JEPUN (PART 2)



Actually ,
Harini kita nak sambung untuk part 2,
Kisah si selipar jepun tersayang.

Macam ni,
Sebenarnya bermulanya dan boleh nya jatuh tu,
Aku ingat sebab selalu sangat nyanyi lagu ni.

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.

Ha, daripada akal seorang budak 5 tahun,
Aku ingat sebab selalu sangat nyanyi lagu ni,
Lagi pulak tu,
Aku akan ketawa gila-gila,
Lepas je lirik,
“Cik Aminah ketawa jerit-jerit”
Ha , tulah padahnya ,
Gelakkan Cik Baba sebab jatuh parit,
Walaupun aku bukan bernama Aminah,
Still jatuh parit juga.

Memang itu dinamakan pengalaman,
Yang berharga,
Yang tidak dapat ku lupakan,
Nasib nya aku masa tu,
Aminah takde ,
Untuk dia gelakkan aku,
Naib juga kakak bukan nama Aminah.

Hahahahahahaha,
Kalau tak pernah jatuh parit,
Tak merasa lah apa itu parit,
Bukan orang kampung lah namanya.

Lagi tu,
Orang dulu-dulu selalu je mandi dalam parit,
Releks je sihat je,
Tapi, parit dulu-dulu airnya bersih,
Sekarang tak bersih dah,
Segalanya nak dibuang dalam parit,
Macam mana nak bersih?

Itu lah dia,
Kisah si selipar jepun,
Yang banyak berjasa,
Yang berjasa sampai,
Ke hayatnya yang terakhir,
Di dalam parit tersebut.

Oh my selipar jepun yang kusayangi ku rindui ku muah muah muuu. (yang sebenarnya : tak delah sayang mana teringat je. )

By the way , thanks a lot sebab berjasa sampai sanggup jadi mangsa biawak. Hahaha




Hamba Hina lagi Jahil,
CIQ ...