Thursday 30 October 2014

Makin Dekat Dengan .....

Assalamualaikum.


Alhamdulillah , pejam celik pejam celik akhirnya officially 18 and a few days . Member lain semua dah melepasinya terlebih dahulu ,  tak ramai lagi yang belum official .

Apa-apa pon yelah kalau ikutkan officially 18 ni dah dewasa  dah remaja . And biasanya orang bagi hadiah dekat kita , bagi wish , sambut birthday kita . 

Tapi bagi aku , setelah aku pikir untuk sekian 1000 kali kot . KOTLAH . Bagi aku I need to thanks to my mother because ibu yang melahirkan aku . Ibu lah yang membawa aku kesana sini selama 9 bulan tu , and dengan kerja lagi . Terlalulah berat yang ditanggung . 

Yang hadiah pon patutnya bagi dekat ibu . Tapi sebabkan ibu yang suruh pilih kek , aku pon ikutkan jelah . Tak elok melawan cakap ibu . Hehe

Memang kalau boleh tak nak sambut bagai ni , tapi ibu kata . 
" Lahai kakak adik semua dapat , nanti tak adil pulak . Ambik jelah pilih yang mana . "

When I heard that , I feel like want to cry like a baby , uwek uwek ...

Ibu , you are too kind and knows your daugther's heart . 

Malam tu bermulalah sesi tiup meniup lilin selepas maghrib . Almaklumlah kalau ikutkan lepas maghrib dah kira tarikh baru kan . Nak jugak lilin bebanyak . Hadoiiiii Nampak sangat aku ni dah tua . 

Apa lagi makanlah kami semua kek aisrkrim coklat . Haha Tak payah beli secret recipe sangatlah . Haha . Kite beli dekat Happy Angel je . Sekali dengan pizza kecik bukan pizza hut . Huhu

Masa semua nyanyi Allah selamatkan kamu , Happy birthday , masa tu jugak aku nak nangis rasanya . Ouh cengeng nye aku ni . Haha Terharu lah katakan menyambut umur yang makin meningkat ni . Hahaha

One more , berkaitan umur yang makin meningkat ni jugak memberi peringatan kepada diri sendiri bahawasanya diri ini sudah makin hampir dengan tanah . Atau pun nama lain selain tanah dekat sini ni ialah KUBUR .

Oleh itu kembali ingat adakah segala amalan aku dah cukup ? Pastinya tidak . Mereka yang Alim Ulama' pon masih mencari keredhaan Allah , masih menunaikan perintahNya , masih mencari ilmu dan berkongsi ilmu . 

Aku ? Lagilah . Adakah dosa-dosa yang menimbun selama ini akan diampunkan ? Adakah taubat aku diterima ? Namun aku tahu bahawasanya Allah mendengar segala yang kita adukan kepadaNya , segala doa yang kita minta . Dia Maha Pengampun, Maha Mendengar , Maha Agung . 

Kadangtu aku selalu berpikir banyak , soal itu soal ini . Banyak sangat . Padahal tak perlu pon . Ianya kadang tu makin menimbulkan rasa sakit . 

So , lebih baik banyakkan selawat , zikir , doa , taubat , solat , dan yang seumpama dengannya kerana hidup ni bukan selamanya di dunia , namun selamanya di Akhirat kelak . Dan tiket untuk mendapatkan tempat yang paling indah di Sana bukan dengan duit , namun dengan amalan yang kita lakukan selama mana kita hidup di dunia .










Eja nama tak betul . haha .


Wassalam .





Wednesday 22 October 2014

Terobek ( Kerja )


Rasa macam adik-beradik pulak . hehe


Dear my friends yang always ada disisi sepanjang bekerja di MPH . huhu  Hanya mampu taip apa yang mudah dan ingat je . ehehe

I can't imagine if I don't have you alls . Haha 

Ianya memberi kenangan indah disaat kita sama-sama bekerjasama bersama-sama .Too much to carry to handles .So much sweets , bitter , salt , ahaks

First time masuk keje , rasa macam kerdilnya . Padahal memang itu lah perasaan yang patut ada  . Mana ada orang baru masuk keje terus pandai semua . 

Cuma nak bagitau yang aku dapat member baru yang sebaya . HAHA . They are : Syira , Maisarah , Azrul dan Fariq . Susah nak describe pasal dorang ni . Dorang baik , suka tolong orang , dan paling penting pandai . Kadag tu terlalu kerdil je rasa . Haha 

Syira banyak sangat tolong masa dalam cashier . Dia ni sekejap je boleh tangkap semua . Banyak ni ilmu dia . Bergunung-gunung ilmu . Segala promotion tanya je dia . Ahak ( Syira , I tambah-tambah je ni , haha ) Aku ni jenis malas hafal promotion kan , so tanya je dia . 

Tapi , tak sangka pulak time briefing pepagi tu kene soal jawab pasal promotion ni . Habis jenuh aku menghafal segala promotion yang ada dalam fail tu dari kulit ke kulit . Ouh my ! Dan shift pagi lah yang paling aku tak suka ! haha

Maisarah pulak pandai handle customers . Customer Service tu tempat dia . Dia memang tau semua lah . Semua buku dia hafal . ehehe Kadang tu customers pon tau dia . haha Kire the best lah yang jaga customer service tu .

Kalau Fariq dengan Azrul ni pandai juga menghandle customer . Hahaha . 

Azrul dia ni menjaga buku mutiara  minda dengan berhemahnya . Dengan kakak kesyangan lah kan sape lagi . huhu

 Kalau Fariq ni pula jaga buku Paperback . Entah nak eja macam mana entah . Fariq ni suka bebeno hadap buku yang cover macam hapo tu . haha

Btw , seronok sangat dapat jadi kawan dorang . Kitorang kongsi masalah sesama , mengutuk sesama , bergosip sesama , gelak tawa sesama , bersedih pon tengoklah nak sesama ke tak . 

Actually banyak lagi memori yang nak diluahkan . Tapi susah .

Too much memories ! Can't describes in a word . Just only in my heart :)

Aku yang Kerdil .


Jubah : Rayyan Haya' & Tudung : Tudongcha


Kadang tu , kita ni hanya mampu tersenyum indah tanpa dapat mengeluarkan apa-apa perkataan .

Aku hanya mampu bicara pada diri sendiri sahaja dan sentiasa jangan pernah putus doa pada Yang Esa .

Yang tahu apa dalam hati ni hanya diri ini sendiri serta Allah Yang Maha Esa .

Tidak perlulah untuk aku mengeluarkan apa yang tersurat dalam hati ini kepada sesiapa .

Aku tidak suka orang anggap aku ni minta perhatian , aku hanya ingin bahagia tanpa ada orang kesiankan diri ini . 
 
Sesungguhnya , Aku hanya manusia biasa yang selalu sahaja melakukan kesalahan dan kesilapan .

Aku ini manusia yang terlalu jahil berada dimuka bumi yang hanya sementara ini. 

Aku ini juga , hidup dengan menghirup udara segar yang telah diberi Allah . Dan aku hanya hamba yang meminjam segala tubuh badan ini semata-mata untuk melakukan ibadah kepada-Nya . Ya Rabb 

Ya aku tahu aku tidak sempurna , aku tidak secerdik yang lain , aku tidak kekal lama di dunia . Namun semua manusia akan kekal di akhirat kelak .

Aku tahu ada mereka yang berkata baik terhadap aku , dan ada yang berkata tidak baik terhadap aku . Aku terima kerana aku tahu siapa diri ini . 

Dan aku biasanya selalu mengalah , sehinggakan roommate sendiri cakap . "Tak elok selalu mengalah , lagi-lagi mengalah pada benda yang tak patut kita kalah . Takut , nanti kita menyesal dan kecewa kemudian hari . "

Aku mengalah kerana tidak suka untuk menimbulkan perbalahan antara satu sama lain . Tapi , selepas Afiqah , Ira , Jae , cakap macam tu , aku akan cuba mengubah diri ini dengan perlahan-lahan . Insha-Allah doakan sahabatmu ini ya sahabat :)
 
Setiap hari dan setiap kali itulah aku ingatkan diri ini bahawa semua yang terjadi adalah satu ujian yang didatangkan oleh Allah .

Ini bermakna Allah masih sayangkan hambaNya ini . dan satu-satu pertolongan yang aku minta adalah pertolongan dari-Nya .

Iaitu Allah SWT .

Sunday 19 October 2014

Siapa yang perlu disayangi ?




credit : GoogleImages


Manusia , tak lari dari menyukai dan mencintai . Tapi , bukan boleh suka-suka je nak sayang sape-sape kan . But for me , yang patut kusayangi :

1. Love Allah ( Do my obligation toward Him )
2. Love Rasulullah ( Do the Sunnah )
3. Love Parents ( Don't ever make them cry b'cos our bad attitude & always gave supports )
4. Love Family ( including siblings , cousins , uncle aunty .)
5. Love Friends ( They always gave me good advises , supports , and as my teacher )
6. Love Teachers , Lectures ( Always patient as my teacher that teach us )
7. Love Study ( To have a successful profession one day )
8. Love someone that will be my Zauj . Insha-Allah the person that can lead me as my Imam . 

Aha nak masukkan juga bakal Zauj tu . Dah jadi adat seorang perempuan yang inginkan lelaki soleh untuk jadi imam suatu hari nanti . Yang dapat memberi bimbingan agama dan bimbing kita ke jalan yang benar . Insha-Allah . Minta doa restu ibu ayah lah dulu . Baru boleh dapat yang betul-betul boleh bimbing kita , dapat terima seadanya kita , bukan tinggalkan kita dekat tong sampah je .


*But still don't ever forget to love yourself
.