Monday 12 September 2016

QOWIY!





When you realise that He gave you chance to back to the right way, you will be a better person. Perhaps. Even though there are so many things that will be the obstacle to you. You need to changes, yep perhaps.

When you are enjoying your life with your friends, and that time, you don’t realise that Allah gave you test. When you really know about it at the time given, you just only hopes for Allah’s help. Yup, ONLY HIS HELP THAT CAN YOU HOPE THAT TIME.

You never ever had that kind of situation in your life. But, when He gave you. You should accept it with your heart opened. Who know it may become the things that can changes you bit little bit day by day every time and every second? Who know? No one know right. He gave you maybe because before this you made something that shouldn’t and something that He doesn’t like it.

When you had your happiness, He gave you grief.
When you had the grief, He gave you helps.
In the meantime of He gave you helps, He brought you a person.
A person that gave you helps in any type of situation.
When you got the helps, you realise nobody can help you except Him.

He know what the best for you, wherever where you are, and in what kind of situation of you are. Please believe that He know how strong you are, that is why He test you.

It may change a bit. Yaaaa perhaps !

Qowiyyyyy !! Because every person have different story. :) 





Ps://abaikan english berterabur! Translate je.

Wednesday 11 May 2016

SHORT VACAY




26 April 2016

Untuk manusia yang jarang berjalan di negeri orang macam aku, ini adalah suatu perkara or activities yang sangat seronok/best giler. Actually , ini adalah first time iin my life menjejakkan kaki di Terengganu Darul Iman.

Yalah, orang jauh lah katakan, bila dah sampai tu memang jakun lah cerita dia. Macam tak pernah jumpa orang-orang . Sebab orang-orang tempat kita dekat sawah . Hahahaha Okay takdak kaitan .

First impression masa naik bas. Haaaaa first time jugak naik bas dua tingkat ni. Hahahaha Syok weh. Lepas tu dalam perjalanan tu macam gak bosan lah kalau tido je. Hahaha


So, aku pun baca lah buku “Pelukis Jalanan” written by Teme Abdullah. Tak pernah-pernah aku baca buku 200++ pages dalam masa kurang 6 jam, Buku pelajaran pun tak pernah nak habis 5 jam. Satu sem baru habis. Hahahaha Buku ini memang superb lah. Best sangat. Kau akan tau apa itu pengorbanan, kau akan tahu apa itu tanggungjawab, kau akan tahu apa itu sahabat dan rakan, kau akan tahu apa itu kejujuran, dan sebagainya. Pasal ayam goreng tu, tak semua jadi macam Teme, yang beri ayam goreng yang dia baru beli selepas berapa lama dia tak makan kepada orang yang makanannya masuk air. Btw , sangat bermotivasi lah buku ini. Disarankan kepada semua untuk baca especially for srudents. For me, it has a lot of touching part. Paling geram masa yang member tikam belakang tu. Hishhh . Tapi Teme sangat lah tabah. Insecure nya ! Bila entah diri ni nak jadi macam tu?

Okay, sesampainya di Jertih, thanks a lot pakcik MN (Ayah Yeng) *bukan nama sebenar. Sebab hantar kami(Jaeng, Qang, Cing) ke rumah Ezang *bukan nama sebenar. Sesampainya di rumah, Hu Ha Hu He lah lagi-lagi bila dah jumpa semua (plus Asmang, Tehang, Ating, Sarang) . Makan rumah Ezang ni sodap weh. Huhuhu



27 April 2016

Bertolaklah kami ke Jeti untuk ke Pulau Perhentian. Huyeahhhh, seronoknya !!! Huhu

Lama weh tak naik bot. Best yuhuuuuuu biarpun dengan kesesakan ombak yang tak rata (Kahhh) tu membuatkan perut kami sakit kot ! Hahaha Bila lagi nak bagi perut rasa apa itu laut kan ?

Sesampai je dekat jeti, lagi sekali jakun tak pernah tengok air sejernih tu selain air paip , air mineral. Hahaha Then, kami gerak pegi Homestay TNB . Huhu Masuk je rumah terus siap-siap nak pi snorkeling. Yeahhhhh aktiviti yang ditunggu-tunggu sekalian.

Then naiklah boat. First sekali pergi pulau pertama , dimana kami belajar berenang dahulu pakai kaca mata zoom in yang selalu pakai untuk snorkeling tu (tak tahu nama dia) . Aku ni yang dari langsung tak reti berenang, tahu kocak kaki je dekat air , sekarang boleh dah berenang sikit-sikit gerak lah. Tapi, itupun kalau pakai jaket keselamatan, Kalau tak memang taklah nak berenang.

Pulau kedua pula kami pi dekat tempat yang ada penyu. Haaaaaaa, besar weh penyu nya. Kau hengat senang ke nak tengok penyu in real situation tengah berenang satu laut dengan kau? Bila dah terjun, penyu dah lari dalam-dalam. Tapi dapat nampak kelibat bayang-bayang pun tak pe. Yelah, mungkin orang yang tak rabun boleh nampak jelas sikit kot? 
Haaaaa Dekat sini juga lah ada satu situasi tu di mana ada satu bot tu dekat gila dengan kitorang. Ada sorang pelancong (bapak mungkin yang melancong dengan family) ha dia ni nak pi selamatkan bot kecik dia sebab dekat sangat dengan boat besar sikit tu. Lepas tu dia pon cakaplah “Hey, tiutiup iengenn!” berulang-ulang. Tapi pemandu boat tu tak paham kot, ada pula dia suruh “Go, go !” .
Lepas tu, antara kami ada jerit “Matikan enjin lah !” . Ha barulah matikan enjin. Kang tak pasal-pasal ada juga yang cedera parah. Ish-ish-ish . Masa tu, nervous takut semua ada, kelakar pun ada. Kitorang yang tak berapa pandai berenang ni punyalah dekat gila dengan boat. Member tu sampai terhantuk kepala dah weh. UHHHHHHH . Member yang laju berenang tu dah jauh tinggalkan kami. Uhhh sedih. Punyalah dalam pikiran aku masa tu “kenapa tak gerak-gerak ni aku kocak air? Kenapa macam jauh sangat dengan boat kitorang? Kenapa makin dekat dengan boat pakcik tu? “ Hahaha, Okaylah last sekali dapat balik dekat boat asal dengan usaha gigih plus bantuan orang. Hahaha

Pulau ketiga pulak pergi dekat tempat yang ada baby shark ! Yeahhhh Tapi takuktlah weh kalau shark besar yang muncul. Haaaa , tak ke kau kecut? Fuhhhhh Tapi nampak macam comel. Hahahaha Masa ni dah start dah macam penat nya berenang. Nak cepat naik bot tapi yang lain macam taknak naik je. Hahaha Lepas tu bila nak balik pulak, rasa berat je, kocak air punya lah kuat tapi tak gerak pon. Rasa macam dari 100 meter terus jadi 200 meter. Fuhhhhh Nak naik pulak macam tak sabar je. Huuuu

Pulau terakhir ialah di mana banyaknya ikan kecik-kecik comel sangat. Tapi malangnya tak dapat jumpa Nemo. Cuma jumpa kawan Nemo je. Tapi syukur . Indahnya ciptaan Dia. Semua cantik dan semestinya memberi ketenangan hati, jiwa, minda, lalalala. Masa ni, bila kita hulur tangan lepas tu ikan kumpul dekat tangan kita. Dia ingat ada makanan lah tu? Hehh . Last sekali kitorang bagi lah juadah tak seberapa dekat ikan-ikan ni. Expired bread , I guess?! Hahaha

Lepas tu , pemandu bot dan guide tour kami pun bawak pi Lata Air Berani . Haaaaa Berani sangat na. Kat sini hang pi lah jerus air dari air terjun kot (bukan air masin). Perghhh sejuk sehhh. Lepas tu ambik-ambik gambar dan balik. Sampai je bilik memasing siap-siap tidur .

Petang pula takde buat apa-apa aktiviti. Dah memasing pun lenguh penat berenang . Pressure kuat kot. Hahaha Tapi some of us pegi tengok-tengok tepi pantai. Lepas tu balik . Malam pula, start aktiviti berbarbeque . Hurmmmmm Sedapnya. Penuh perut senang hati lah cik kiahhh.




Short Video




28 April 2016

Last day dekat Pulau Perhentian pula, kami pi mendaki. Semata-mata nak tengok kincir angin secara dekat maybe? Hahaha . Sebab kalau nak tengok kincir angin tu dari bawah nampak dah. Cuma kecik macam pensil? Haaaa so dengan jayanya kami dapat naik sehingga ke penghujungnya dan turun dengan selamatnya. Alhamdulillah.  And ya , aku hampir nak jatuh tangga. Sibuk sangat merakam. Haaa, Allah nak suruh hati-hati dekat tangga. Dekat sini memang banyak sesi bergambar lah. Acah-acah Descendent of the sun maybe?
Bila dah sampai bawah, siap semua kami pun nak naik bot. Bila dah sampai giliran aku, Perghhhhh di saat itu jugalah dugaan datang. Dimana aku pun tergelincir jatuh sebelah kaki masuk air sebelah kaki dekat atas batu tangan sebelah dekat bot sebelah lagi dekat batu. Dan dimana yang lain pada awalnya “concern sangat” dan akhirnya bergelak sakan kahkahhhhh sekali dengan pemandu bot tu ha. Hadoiiii . Okay aku tak segan mana pun. Jatuh itu perkara biasa sebelum berdiri teguh. Hakkkk Tapi yang tak boleh bla dia, kasut sebelah basah sebelah kering seluar sebelah basah sebelah kering semestinya stoking aku perah dapat setengah gelas ? Hahaha

Sampai Jeti, kitorang dahaga sangat. Tulah excited sangat nak naik kincir angin tu sampai tak bawak air. Terus lah masing-masing nak air kelapa or kelapa bland  (coconut shake, ahahaha). Lepas tu jalan-jalan sikit dekat kampung-kampung situ. Makan pisang goreng dan masa tu ada nelayan ke pemandu bot ke sape entah terjumpa mayat . Okay , tak mau cite pasal ni. Lepas makan, kami balik bilik nak siap-siap pi balik rumah Ezang. Bye Pulau Perhentian . (Bajet tak termasuk makan RM 150++ if bukan under Ezang) Hahahaha

Okay, petang tu pulak pegi makan sate Lanang (Betul kot) Okay bolehlah sedap. But, still i just too love sate dekat dengan rumah aku kuahnya pulak sedap. Hahahaha Alhamdulillah, balik tu malam tu gosip sembang bla-bla-bla.







29 April 2016

Kami pi Bukit Keluang nak mendaki kononnya. Masa ni kitorang bawak 3 jejaka. Okaylah diorang semua stamina kuat. 3orang termasuk aku ni stamina zuppppp paling bawah. Hahahaha Baru daki bukit ni dah mengah , kang daki bukit lain jadi ape? Hahaha itupun si jejaka boleh pulak nak tunggu. Disuruh jalan dulu pun taknak. Hadoiiiiiii Tak sedap nak jalan . Hahaha Tapi takpelah berguna jugak lah. Jadi penunjuk nak langkah mana. Haaaa

Then kami ada terserempak dengan 3 orang karib. Kot. Sepanjang perjalanan asyik terserempak je. Btw depa ni sporting. Huhu masa dekat puncak diorang tolong ambikkan gambar, masa turun dekat curam diorang jugak tolong . sooo sweet. Dah turun tu kaki menggeletaq na ceqqq. Hahaha Lepas tu , depa bawak pi makan sata, makan keropok lekor dan losong (rupanya rasa sama bentuk berbeza) , makan ABC lepas tu balik. Balik rumah mak Ezang buatkan nasi ayam pulak. Fuhhhhh sedapnya!! Memang terbaiklah. Hari yang mengenyangkan. Always ada food stuff masuk dalam badan .

Dan malam tu pula, sudah tiba waktunya untuk meninggalkan Terengganu. Just love them ! Miss them ! I just love the moments we had created together J Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terlibat semasa kami berada di sana especially keluarga Ezang . Hihihi



Wassalam

Saturday 20 February 2016

TAK SEMUA









Tak semua yang kita nak kita dapat
Tak semua yang kita angankan kita akan dapat
Tak semua yang kita sayang akan sayang kita balik
Tak semua yang kita rindu akan rindu kita balik

Tapi, kalau kita berharap pada yang Satu
Insya-Allah Dia akan terima kita
Terima Taubat kita
Terima doa kita
Makbulkan doa kita
Yang baik belaka

Kita fikir kadang tu “mana tahu angan-angan tu tercapai”
Tapi, kalau angan-angan tu salah meaning salah angan
Mungkin untuk mencapainya memang tidak
Mungkin angan-angan itu berterbangan fuhhhhhhh di telan angin kencang
Sampaikan diri umpama give up
Taknak dah itu taknak dah ini

Sebab itu, Tak semua kita akan dapat, akan telan, akan capai, akan lihat.

Tak semua yang kita fikir itu betul
Tak semua family sebahagia family orang lain
Jangan ingat kita lihat orang tu sentiasa happy
Langsung takda masalah
Terus judge “Untunglah kaya, baik, happy je, family mesti sporting punya”
Padahal kita tak tahu langsung
Mungkin dia lah yang tidak mendapat kasih sayang keluarga
Tapi orang tersebut masih ingin menunjukkan yang family nya bahagia
Namun sebenarnya adalah sebaliknya.

Tak semestinya kita senang tangkap
Senang faham senang ingat etc

Tapi mungkin kadang tu takpelah
Mungkin tak tahu kot
Issokay
No hal lah

So
Statement ke ape-ape ke
Tak semua betul
Tak semua salah
Tak semua
Tak

Okay 



Hamba hina jahil degil nakal lagi ganas pulak tu.
CIQ ...




Friday 19 February 2016

RISAU







Risau
Sungguh aku risau
Dikala aku mendengar sesuatu berita
Aku tetap akan risau
Semua kesayangan.

Walau kejauhan mungkin memisahkan
Tapi doa tidak pernah putus ditelan ombak

Risau sentiasa.
Tapi aku yakin Allah jaga
Jaga  mereka untuk aku

Insya-Allah selamat dan sihat.




Walaupun berjauhan , namun tetap di hati.
Eh?

Ya.




*For : General (takde exclude ke include sesape eh. NO!)
        Betulkan kotak pemikiran anda . HAHAHA


Hamba hina jahil degil nakal ganas pula tu.
CIQ ...





Saturday 2 January 2016

WARAS



#020116 / #160102

Hei sistur brotha
Kabeh Kabare ?

Dan jawapan yang senang lagi penak lagi kacang tanah lagi pejam mata pon boleh jawab ialah
Waras

Sihat tu tak semua orang dapat,
Adakala sihat tubuh badan (fizikal)
Dan adakala sihat mental sahaja
Semua orang dapat lain-lain
Dia bagi setiap orang lain-lain
Sebab itu lah ujian, dugaan, dan anugerah
Kita kena accept
Tak kisahlah cepat ke lambat

Sihat
Bila kita sihat kita boleh buat kerja
Yang wajib mahupun sunat.

Sedar
Kita juga kena sedar
Sihat dengan sedar perlu berganding sekali
Sebab dua ni ada kaitan
Untuk menjadikan sesuatu yang kita lakukan
Lebih bermakna
Lebih kita faham
Lebih kita tahu.

Contoh
Kita sihat
Kita pon nak pergi ambik bawang
Nak kupas bawang (Lantak aku eh nak letak kupas ke ape)
Sedar tak nak buat apa dengan bawang tu?
(Contoh yang tak boleh dijadikan contoh)

Ada kala orang nak makan macam epal je bawang tu
Ada kala ada orang nak bland bawang tu
Ada orang nak racik je bawang tu,
Ada orang nak tumbuk bawang tu,
Ada orang nak tanam bawang tu dalam tanah (Boleh jadi daun bawang,Haha)
Dan ada kalanya mereka ada satu tujuan
Adalah dengan menggunakannya sebagai bahan memasak.

Ha kau, Dari waras tetiba sihat plus sedar
Tetiba bawang

Yelah,
Kita yang mencorakkan sesuatu tu
Kalau kita sedar apa kita buat
Ha , maknanya Otak , Hati , Iman ada lagi tu
Sihat lagi tu.

Bukan nya sedar yang,
"Huyoooooooo aku baling batu dekat tingkap jiran weh
Best weh, Nak baling lagi lah".

Ohoiiii hoi
Ini sedar tapi tak sihat.

Sebab aku ni kadang tu sihat tapi tak sedar
Dan kadang tu sedar tapi tak sihat .



CIQ ...
Yang Jahil Lagi Kerdil :) 

Have a nice day uolls Yeah