Friday 13 November 2015

KOPI


Kopi, 

Hitam,

Pahit,

Tak sedap,

Tapi apabila dicampur dengan perasa lain,

Ianya menjadi enak,

Campurlah gula,

Susu,

Atau mungkin ada lebih advance ,

Campur dengan cheese ? 

Say cheese yah!

Macam manusia juga, 

Ada gelap, 

Ada cerah,

Ada sedang-sedang,
 
Setiap tu, 
 
Berlainan rupa,

Berlainan perwatakan,

Segalanya berlainan,

Tak semua yang gelap itu tidak baik,

Tak semua yang cerah itu baik,

Tapi, kalau dicampur perasa baik-baik,

Semua jadi baik,

Mungkin si dia dulunya nakal,

Tapi, tak semestinya seumur hidup dia macam tu,

Kita tak tahu,

Mungkin dia lebih baik dari kita,

Semua perasa itu ada,

Tapi, terletak pada kita sendiri,

Untuk mencari atau tidak,

Mahu menerima atau sebaliknya,

Jika menunggu tanpa usaha,

Menjadilah ia yang dinamakan sia-sia.


Kesimpulan,

Kopi bukan semuanya pahit,

Gelap bukan semestinya sesat,

Hitam bukan semestinya hodoh,

Pahit bukan semestinya tak sedap,

Bergantung pada diri sendiri untuk menelaah,

Bergantung pada akal untuk mentafsir.



Hamba Hina lagi Jahil,
CIQ...
(Membantai je aku taip ni, tak tahu lah guane)

No comments:

Post a Comment