Thursday 30 October 2014

Makin Dekat Dengan .....

Assalamualaikum.


Alhamdulillah , pejam celik pejam celik akhirnya officially 18 and a few days . Member lain semua dah melepasinya terlebih dahulu ,  tak ramai lagi yang belum official .

Apa-apa pon yelah kalau ikutkan officially 18 ni dah dewasa  dah remaja . And biasanya orang bagi hadiah dekat kita , bagi wish , sambut birthday kita . 

Tapi bagi aku , setelah aku pikir untuk sekian 1000 kali kot . KOTLAH . Bagi aku I need to thanks to my mother because ibu yang melahirkan aku . Ibu lah yang membawa aku kesana sini selama 9 bulan tu , and dengan kerja lagi . Terlalulah berat yang ditanggung . 

Yang hadiah pon patutnya bagi dekat ibu . Tapi sebabkan ibu yang suruh pilih kek , aku pon ikutkan jelah . Tak elok melawan cakap ibu . Hehe

Memang kalau boleh tak nak sambut bagai ni , tapi ibu kata . 
" Lahai kakak adik semua dapat , nanti tak adil pulak . Ambik jelah pilih yang mana . "

When I heard that , I feel like want to cry like a baby , uwek uwek ...

Ibu , you are too kind and knows your daugther's heart . 

Malam tu bermulalah sesi tiup meniup lilin selepas maghrib . Almaklumlah kalau ikutkan lepas maghrib dah kira tarikh baru kan . Nak jugak lilin bebanyak . Hadoiiiii Nampak sangat aku ni dah tua . 

Apa lagi makanlah kami semua kek aisrkrim coklat . Haha Tak payah beli secret recipe sangatlah . Haha . Kite beli dekat Happy Angel je . Sekali dengan pizza kecik bukan pizza hut . Huhu

Masa semua nyanyi Allah selamatkan kamu , Happy birthday , masa tu jugak aku nak nangis rasanya . Ouh cengeng nye aku ni . Haha Terharu lah katakan menyambut umur yang makin meningkat ni . Hahaha

One more , berkaitan umur yang makin meningkat ni jugak memberi peringatan kepada diri sendiri bahawasanya diri ini sudah makin hampir dengan tanah . Atau pun nama lain selain tanah dekat sini ni ialah KUBUR .

Oleh itu kembali ingat adakah segala amalan aku dah cukup ? Pastinya tidak . Mereka yang Alim Ulama' pon masih mencari keredhaan Allah , masih menunaikan perintahNya , masih mencari ilmu dan berkongsi ilmu . 

Aku ? Lagilah . Adakah dosa-dosa yang menimbun selama ini akan diampunkan ? Adakah taubat aku diterima ? Namun aku tahu bahawasanya Allah mendengar segala yang kita adukan kepadaNya , segala doa yang kita minta . Dia Maha Pengampun, Maha Mendengar , Maha Agung . 

Kadangtu aku selalu berpikir banyak , soal itu soal ini . Banyak sangat . Padahal tak perlu pon . Ianya kadang tu makin menimbulkan rasa sakit . 

So , lebih baik banyakkan selawat , zikir , doa , taubat , solat , dan yang seumpama dengannya kerana hidup ni bukan selamanya di dunia , namun selamanya di Akhirat kelak . Dan tiket untuk mendapatkan tempat yang paling indah di Sana bukan dengan duit , namun dengan amalan yang kita lakukan selama mana kita hidup di dunia .










Eja nama tak betul . haha .


Wassalam .





No comments:

Post a Comment